assalamuailaikum...
sambil-sambil layan cerita hindustan ni elok jugak le kite bongsi tips..
saya percaya kat sini tak ada bakal pengantin baik lelaki mahupun perempuan yang inginkan majlis perkahwinan mereka ala-ala kadar atau macam nak tak nak jerr.
ada sesetengah daripada kita mengimpikan majlis yang tampak mewah dan eksklusif. bagi orang yang ada ongkos no problem tapi macam mana pula dengan orang kebanyakan seperti saya dan anda? masalah kewangan memang selalu menghantui pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
kat sini saya nak kongsi tips untuk menjimatkan perbelanjaan perkahwinan anda.....insyaallah sharing is caring...hehehe
1) tetapkan jumlah tetamu jemputan
perkara pertama yang wajib anda tahu ialah jumlah tetamu..ini adalah langkah pertama untuk merancang jumlah perbelanjaan bagi makanan,doorgift,khemah,bunga telur dan sebagainya...
2)majlis gotong-royong
bagi masyarakat dikampung,amalan gotong-royong telah menjadi tradisi..untuk menjimatkan perbelanjaan anda,seeloknya tradisi ini diteruskan selain menjimatkan kos ia juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penduduk kampung serta ahli keluarga samaada yang jauh atau dekat.
3)sewa baju pengantin
ada dikalangan bakal pengantin mengimpikan untuk menempah baju perkahwinan mereka.ia sesuatu yang bagus dari segi hak ekslusif..tapi,tahukah anda menyewa baju pengantin dari butik pengantin adalah lebih menjimatkan. jika anda ingin menempah baju pengantin,anda perlu memikirkan kos untuk mmbeli kain dan kos upah menjahit..silap hari bulan kos upah lagi tinggi dari harga kain yang anda beli.
4)buat tempahan semasa promosi
langkah bijak ini mampu menyelamatkan bajet anda dari melayang begitu saja.anda akan mendapat harga istimewa jika membuat tempahan semasa promosi dijalankan..boleh jimat 30% dari keseluruhan bajet perkahwinan anda.lakukan tinjauan di festival perkahwinan yang akan diadakan setiap tahun...pasti anda akan berpuas hati dengan harga pakej yang disediakan.
5)gubah sendiri hantaran
jika anda seorang yang kreatif dalam menggubah hantaran ia adalah bonus.lakukan sendiri kerana akan menjimatkan perbelanjaan menggubah.jika menggunakan khidmat di kedai kos biasanya antara rm50 hingga rm80 satu bakul, bayangkan jumlah keseluruhan kos gubahan hantaran sahaja? jika anda kurang mahir,mintalah bantuan sanak saudara atau rakan-rakan untuk menggubah hantaran...
setakat ini dulu untuk hari ini...tips seterusnya akan menyusul......zzzzz dlu nite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan